






Pisahkan Klip Video YouTube Dalam Talian
Adakah anda ingin memisahkan video YouTube dan simpan hanya satu bahagian daripadanya? Anda boleh menggunakan alat pemisah video YouTube VEED. Pisahkan video dengan hanya beberapa klik dan kongsi klip video pilihan anda di media sosial. Perisian penyuntingan video kami adalah sangat mudah digunakan. Hanya tampal pautan YouTube, klik butang ‘Pisah’ dan eksport video baru anda.
Anda juga boleh menggunakan banyak alatan penyuntingan video untuk memutar, memangkas, trim atau mengulang video anda. Tambahkan audio, teks, imej dan banyak lagi. VEED adalah dalam talian; tidak perlu memasang sebarang peisian. Ia adalah percuma dan sangat mudah digunakan.
Cara Memisahkan Klip Video YouTube:
1Muat Naik Video YouTube
Hanya klik pada butang Muat Naik dan tampalkan pautan video YouTube pada ruang URL. VEED akan memuat naik video ke dalam penyunting dan anda boleh memulakan penyuntingan.
2Pisah dan sunting video YouTube anda
Gerakkan garis penunjuk merentasi papan cerita atau tetingkap penyuntingan. Klik kanan di lokasi dan pilih ‘Pisah’. Atau anda boleh klik pada butang Pisah betul-betul di atas gari smasa. Anda juga boleh menekan kunci ‘S’ pada papan kekunci anda. Anda boleh memisahkan kip YouTube beberapa kali. Hapuskan klip yang anda tidak mahu.
3Muat turun dan kongsi
Klik pada ‘Eksport’ dan klip video YouTube akan disimpan ke peranti anda sebagai fail MP4.

Tutorial ‘Pemisah Video YouTube’
Pisah, trim, dan potong video YouTube
Pemisah video YouTube VEED membolehkan anda memisah, trim dan memotong klip YouTube dengan hanya beberapa klik. Jika terdapat bahagian daripada video yang anda ingi potong, anda boleh memisahkan video dan potong bahagian itu. Pisah dan potong seberapa banyak bahagian yang diperlukan. Untuk trim klip individu, pilih dari garis masa dan tarik dan lepaskan sisinya untuk menjadikannya lebih pendek.
Perisian penyuntingan video lengkap
Selain daripada pemisah video, anda boleh menemui pelbagai jenis alatan penyuntingan video yang anda boleh gunakan untuk menyunting dan meningkatkan video anda. Anda boleh menambah penyaring ke video dan kesan kamera anda. Tambahkan teks, sari kata, imej, lukisan dan banyak lagi.
Gabungkan video YouTube bersama-sama
Jika terdapat dua atau lebih klip video YouTube yang anda ingin gabungkan ke dalam satu klip, apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada butang Muat Naik dan tampal pautan YouTube pada ruang URL, satu demi satu. Anda boleh mengeksportnya sebagai satu fail MP4.
Susun semula klip video pada garis masa
Sebaik sahaja anda telah memisahkan video YouTube kepada beberapa bahagian, anda juga boleh menyusun semula setiap klip pada garis masa. Hanya pilih klip dan tarik dan lepaskannya ke lokasi berbeza pada garis masa. Gerakkan klip ke depan atau ke belakang.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada pemisah video YouTube
VEED membolehkan anda melakukan lebih banyak dengan video YouTube daripada sekadar memisahkan, trim, dan memotongnya. Ia adalah perisian penyuntingan video lengkap yang sangat mudah digunakan. Semua alatan tersedia dalam talian - tidak perlu memuat turun aplikasi. Putar, pangkas, dan ubah saiz video anda. Anda juga boleh menambah imej, teks, sari kata dan banyak lagi! Tidak perlu menggunakan aplikasi rumit seperti pemain media VLC.
