Penterjemah Audio

Transkripsikan fail audio anda kepada teks. Terjemah kepada mana-mana bahasa, secara automatik.

Facebook LogoVisa LogoP&G LogoPinterest LogoBooking LogoHublot Logo

Penterjemah Audio kepada Teks

Adakah anda mahu menterjemah audio atau nota suara anda kepada teks? Sekarang anda boleh melakukannya dan banyak lagi dengan penterjemah audio mudah guna VEED! Transkripsikan rakaman suara, audio siar, pertuturan, dialog dan banyak lagi. Penterjemah audio berkuasa VEED boleh mengesan sebarang bahasa secara automatik dalam fail audio anda (mp3, wav, m4a dll.) dan mentranskripsikannya kepada teks dengan satu klik! Hanya muat naik fail anda, pergi ke “Sari Kata” dan transkripsikan audio anda kepada teks dalam masa yang singkat. Jangan ragu-ragu untuk menyunting dan menyusun semula perkataan transkripsi apabila sudah sedia. Gunakan penterjemah audio VEED untuk mempercepatkan perjalanan dari pengecaman pertuturan kepada transkripsi. Perkhidmatan transkripsi kami berfungsi secara dalam talian secara automatik. Tidak perlu transkripsi manual. Tidak perlu bergantung pada Google Translate. Dengan VEED, transkripsi dan terjemahan tidak pernah semudah ini.

Format berlainan - VEED membolehkan anda menyimpan transkrip anda sebagai teks (.txt) dan SRT (.srt) untuk memudahkan perkongsian dan dibuka di platform-platform berbeza. Muat naik fail audio atau video dalam sebarang format. Bukan itu sahaja - VEED boleh menterjemah teks anda kepda lebih 100 bahasa!

Cara Terjemah Automatik Audio kepada Teks:

Muat Naik Audio

Muat naik audio (atau video) yang anda ingin transkripsikan di VEED - tarik dan lepas, sangat mudah.

Transkripsi

Klik ‘Sari Kata’ > ‘transkripsi automatik’. Pilih bahasa yang mana untuk dikesan. Tekan ‘MULA’ dan lihat transkripsi anda muncul secara automatik

Terjemah

Hanya klik ‘Pilihan’, dan pilih bahasa apa untuk diterjemahkan kepada transkripsi anda. Atau, biarkan ia dalam bahasa asalnya. Apabila selesai, pilih ‘Muatturun.txt.’

Tutorial ‘Cara Menterjemah Audio kepada Teks’

Cepat, Automatik & Tepat

Dengan VEED, anda boleh mentranskripsi video-video anda dalam masa beberapa saat. Satu klik, beberapa ketik pada papan kekunci dan transkripsi anda sedia untuk digunakan! Perisian pengecaman pertuturan kami akan mentranskripsi video anda secara automatik, menjimatkan berjam-jam masa anda dalam transkripsi manual. Ketepatan transkripsi automatik VEED adalah yang terbaik dalam kelasnya serta menjadi kegemaran pembuat video untuk membuat transkripsi semasa sibuk! Untuk ketepatan 100%, hanya sunting dan susun semula perkataan. Selain itu, terima kasih kepada perisian pengecaman pertuturan yang dikuasai AI, tidak akan ada terlalu banyak teks dipaparkan! Jika anda menghadapi kesulitan, cari sahaja kami di Sembang Langsung dan kami senang hati untuk membantu! Jangan buang maa berharga dalam transkripsi manual serta terjemahan lagi. VEED akan melakukan semuanya lebih pantas daripada sebelumnya.

Audio Siar, Ucapan dan Temu Bual

Penterjemah audio VEED boleh mentranskripsi banyak kandungan audio - ceramah TED, audio siar untuk Spotify, tembu bual, ucapan dan banyak lagi. Mempunyai versi teks kandungan video atau video menjadikannya lebih mudah diakses oleh khalayak yang berbeza - termasuk pekak, kesukaran mendengar atau sesiapa sahaja yang menggunakan kandungan anda di tempat awam. Menjana transkripsi membolehkan anda merumuskan semula kandungan audio atau video anda kepada blog dan artikel. Anda juga boleh menyunting ringkasan, kejelasan dan salah sebutan. Ia hanya mengambil masa beberapa minit dan beberapa klik tetikus tetapi membuat perbezaan yang besar kepada ramai orang!

Bahasa Asing

Ingin mempersembahkan kandungan anda kepada khalayak yang tidak berbahasa Inggeris? Dengan VEED, terjemahan audio tidak pernah semudah ini! VEED boleh menterjemah audio anda kepada lebih 100 bahasa - Cina, Belanda, Jerman, Sepanyol, Inggeris Amerika, Inggeris British dan banyak lagi - pilihan di tangan anda! Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, anda juga boleh memilih loghat bahasa Inggeris anda dan menterjemahkannya kepada dan daripada loghat yang berbeza! Sepanyol kepada Inggeris? Australia yang cerah kepada British yang lama? Apa pun, serahkan kepada alat transkripsi berkuasa VEED. Gunakan VEED untuk menjadikan kandungan anda menyeronokkan dari setiap sudut dunia.

Soalan Lazim

Ketahui lagi:

Apa mereka kata tentang VEED

Veed is a great piece of browser software with the best team I've ever seen. Veed allows for subtitling, editing, effect/text encoding, and many more advanced features that other editors just can't compete with. The free version is wonderful, but the Pro version is beyond perfect. Keep in mind that this a browser editor we're talking about and the level of quality that Veed allows is stunning and a complete game changer at worst.

Chris Y.

I love using VEED as the speech to subtitles transcription is the most accurate I've seen on the market. It has enabled me to edit my videos in just a few minutes and bring my video content to the next level

Laura Haleydt - Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers

The Best & Most Easy to Use Simple Video Editing Software! I had tried tons of other online editors on the market and been disappointed. With VEED I haven't experienced any issues with the videos I create on there. It has everything I need in one place such as the progress bar for my 1-minute clips, auto transcriptions for all my video content, and custom fonts for consistency in my visual branding.

Diana B - Social Media Strategist, Self Employed

Lebih daripada sekadar penterjemah audio!

Penterjemah audio kami hanyalah satu daripada banyak alatan yang anda boleh gunakan di VEED. Anda boleh mencipta kapsyen anda sendiri, GIF, video penerangan, campuran semula muzik, pilihannya banyak! Gunakan VEED untuk menyunting video, menambah muzik latar, pelekat, bar kemajuan dan banyak lagi. Atau, potong, pisah, dan mampatkan video anda untuk kemas gabung yang lebih pantas. VEED ialah alat berasaskan pelayar yang membantu pencipta seperti anda membuat kandungan yang sangat menarik untuk pengikut anda. Kami membina VEED supaya anda boleh memberi tumpuan kepada mencipta kandungan yang memberi kesan tanpa membuang masa dan tenaga menggunakan perisian yang kompleks. Sama ada anda masih baru dalam penyuntingan video atau profesional, VEED ialah alat mudah guna yang akan menyelesaikan tugas anda hanya dengan beberapa klik.

Mulakan
VEED app displayed on mobile,tablet and laptop