Video YouTube Berulang
Ulang video YouTube dalam talian. Percuma, mudah digunakan








Ulang Video YouTube Dalam Talian, Percuma
VEED menampilkan alat dalam talian percuma yang membolehkan anda mengulang video YouTube. Lihat dan dengar video YouTube kegemaran anda berulang-kali. Tiada aplikasi untuk dimuat turun atau dipasang. Ulang video terus dari pelayar web anda. Ia berfungsi dengan lancar di Google Chrome, Safari, Firefox dan pelayar popular lain.
Sekarang anda boleh klik ‘Main’ sekali sahaja dan video YouTube akan memainkannya berulang-kali selama mana yang anda inginkan. Hanya tampal pautan YouTube, klik pada ikon tambah (+) di bahagian bawah sebelah kanan dan tambahkan video seberapa banyak kali diperlukan untuk mengulangnya.
Cara Menggunakan Alat Pengulang YouTube:
1Tampal pautan YouTube
Salin pautan video YouTube dan tampalkannya pada ruang URL selepas mengklik pada ‘Tampal Pautan YouTube’.
2Mula mengulang
Klik pada butang tambah (+) di bahagian bawa sebelah kanan penyunting dan tampalkan pautannya semula. Atau anda boleh klik pada Muat Naik dari menu kiri. Tampalkannya seberapa banyak kali diperlukan.
3Eksport
Klik pada ‘Eksport’ dan klip video akan disimpan sebagai satu fail MP4.

Tutorial ‘Ulang Video YouTube’
Dengar lagu kegemaran anda berulang-kali
Adakah terdapat lagu-lagu di YouTube yang anda ingin mainkan berulang-kali? Memandangkan YouTube tidak menawarkan ciri ‘Main Semula’ tanpa henti, anda boleh menggunakan VEED untuk mengulang video dan mendengarnya beruang-kali! Cuma tampalkan pautan dan muat naik ke VEED beberapa kali.
Ulang bahagian-bahagian video YouTube
Anda juga boleh memilih bahagian tertentu pada video YouTube dan ulang hanya di klip tertentu itu sahaja. Untuk memotong klip, hanya seret dan letakkan peluncur atau play head di garis masa pada lokasi yang anda inginkan dan tekan kunci ‘S’ pada papan kekunci anda. Atau anda boleh klik kanan padanya dan pilih ‘Pisah’. Hapuskan klip yang anda tidak perlukan.
Sunting video YouTube
Anda boleh menyunting video YouTube sebelum mengulangnya! VEED ialah penyunting video dalam talian percuma dengan banyak pilihan alatan yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan video. Buat penyuntingan pada sebarang video YouTube yang anda inginkan adn gunakan alatan dari menu kanan.
Buat GIF dari video YouTube
Jika anda ingin membuat GIF daripada klip video YouTube, itu juga boleh dilakukan di VEED! Dengan cara ini, klip YouTube akan ditukarkan kepada GIF berulang tanpa henti. Cumat muat naik video YouTube dan pilih ‘Eksport sebagai GIF’ apabila selesai. Ia sangat pantas dan mudah!
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada mengulang video YouTube dalam talian
VEED menampilkan banyak alatan penyuntingan video yang membolehkan anda meningkatkan dan menyunting sebarang video seperti pro. Anda boleh memuat baik video dalam format fail berbeza termasuk MP4, AVI, MOV, dan banyak lagi serta menyuntingnya menggunakan aplikasi dalam talian kami. Tidak perlu memasang aplikasi penyuntingan besar yang memakan banyak ruang storan dalam peranti anda. Lakukan semuanya dalam talian, terus dari pelayar anda!
