Pangkas Video YouTube
Pangkas, trim video YouTube dalam talian. Trimmer video percuma








Pangkas Klip YouTube Dalam Talian
Adakah terdapat video YouTube yang anda ingin pangkas kepada saiz tersuai? Adakah anda perlukan video untuk dipadankan dengan keperluan nisbah aspek Facebook, Instagram, Instagram Story dan platform media sosial yang lain? Anda boleh menggunakan pemangkas video VEED! Ia adalah alat dalam talian mudah guna yang membolehkan anda memangkas klip video dalam beberapa saat.
Malah anda tidak perlu memuat turun video YouTube; hanya tampal pautan dan VEED akan menyediakannya untuk pemangkasan, terus dari pelayar. Trim dan pangkas menggunakan alat ringkas tarik dan lepas atau pilih saiz pratetap dari menu.
Cara Memangkas Video YouTube:
1Tampal Pautan YouTube
Pergi ke video YouTube yang anda ingin untuk pangkas dan salin pautannya. Anda boleh sama ada klik butang Kongsi atau salin pautan dari bar alamat pelayar anda. Klik pada Tampal URL di VEED dan tampal pautan. VEED akan memuat naik video YouTube ke dalam editor.
2Mulakan pemangkasan
Sekarang anda akan nampak video YouTube dalam tetingkap penyuntingan. Untuk memangkasnya, tarik dan lepas mana-mana penjuru bingkai video sehingga ia mendapat saiz yang anda inginkan. Atau anda boleh pilih saiz dari menu Tetapan.
3Eksport
Klik pada ‘Eksport’ dan simpan video yang dipangkas ke dalam peranti anda. Ia akan dieksport sebagai video MP4

Tutorial ‘Pemangkas Video YouTube’
Pemangkas Video dan Trimmer YouTube Percuma
Selain daripada memangkas video YouTube kepada saiz tersuai, anda juga boleh menggunakan perisian penyuntingan video untuk trim, pisah, dan potong klip video YouTube. Susun semula mengikut yang anda inginkan pada tetingkap penyuntingan. Hanya gerakkan penunjuk merentasi garis masa, klik kanan dan pilih pisah.
Muat turun video YouTube sebagai MP4
Selepas anda memangkas video YouTube, anda boleh mengeksportnya sebagai fail MP4. Ini menjadikannya lebih mudah dikongsi di media sosial. MP4 adalah format paling disukai di platform media sosial dan perkongsian video serta sesuai dengan semua pemain media.
Sunting video YouTube
VEED membolehkan anda melakukan lebih banyak daripada sekadar pangkas dan trim video YouTube. Ia padar dengan alatan penyuntingan video yang membolehkan anda menambah penyaring dan kesan pada video anda. Anda juga boleh menambah audio, imej, teks, sari kata dan banyak lagi!
Tukar video YouTube kepada GIF
Anda boleh membuat GIF daripada video YouTube menggunakan VEED! Gunakan trimmer video dan pemangkas untuk memilih bahagian daripada klip video yang anda ingin tukarkan kepada GIF. Eksportnya sebagai fail GIF dan kongsikannya di media sosial.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada pemangkas video YouTube
VEED membolehkan anda melakukan banyak perkara kepada video anda selain daripada memangkas dan trim. Tambahkan audio pada video anda, tambah imej, teks, dan sari kata. Anda juga boleh melukis pada video anda menggunakan alat melukis atau berus. Dan anda juga boleh melakukan semuanya dalam pelayar anda! Tidak perlu memasang atau membayar aplikasi mahal seperti Filmora.
