







Cantum Video YouTube Dalam Talian
Adakah terdapat dua atau lebih video YouTube yang anda ingin untuk menggabungkan dan memuat turun sebagai satu fail video? Anda boleh menggunakan penggabung video YouTube dalam talian ringkas VEED. Anda tidak perlu memuat turun setiap video secara individu. Hanya tampal pautan, satu demi satu, ke dalam penyunting dan anda boleh mula menggabungkannya! Muat turun video YouTube yang dicantumkan sebagai satu fail MP4 yang anda boleh hantar di media sosial dan YouTube dengan mudah. Anda juga boleh memangkas dan mengubah saiz untuk menjadikannya ideal untuk Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.
Cara Meletakkan Video-Video YouTube Bersama:
1Muat Naik dua atau Lebih video YouTube
Untuk bermula, klik pada ‘Tampal Pautan YouTube’. Anda akan nampak tetingkap di mana anda boleh menampal URL. Untuk mendapatkan pautan, pergi ke video YouTube yang anda ingin cantumkan dan sama ada menyalin pautannya dari pelayar atau klik pada Kongsi di bawah pemain video YouTube. Salin pautan dan klik pada Tampal URL - satu demi satu. Klik Hantar
2Sunting atau tampal lebih banyak pautan
Video YouTube akan dimuat naik ke VEED, satu demi satu. Tunggu beberapa saat, bergantung pada saiz video. Kemudian anda boleh menyunting setiap klip atau tambahkan lebih banyak video untuk menggabungkannya dengan menampal lebih banyak pautan
3Klik ‘Eksport’
Klik pada ‘Eksport’ dan video YouTube yang dicantumkan akan dieksport sebagai satu fail MP4.

Tutorial ‘Penggabung Video YouTube’
Pencantum video YouTube dalam talian percuma
VEED telah menjadikannya sangat mudah untuk anda menggabungkan pelbagai video YouTube dan memuat turunnya sebagai satu dail video! Anda tidak perlu bimbang mengenai memuat turun setiap video dari YouTube dan kemudian memuat naiknya lagu untuk menggabungkannya. Hanya tampal pautan, satu demi satu dan VEED akan menyediakannya untuk anda untuk digabungkan.
Kongsi terus dari halaman media sosial anda
Kerana anda memuat turun video yang telah dicantumkan sebagai satu fail MP4, anda boleh hantar video secara terus dari halaman atau profil media sosial peribadi anda. Ia lebih baik daripada berkongsi pautan YouTube! Pengguna media sosial cenderung untuk mengelak pautan luar kerana mereka mahu untuk kekal dalam aplikasi.
Sunting klip video YouTube anda
Aplikasi penyuntingan video kami membolehkan anda menyunting setiap klip video sebelum menggabungkannya. Anda boleh putar, trim, pisah, dan susun semula klip mengikut kemahuan anda. Anda juga boleh memangkas video anda untuk menjadikannya sesuai dengan platform media sosial berbeza.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada penggabung video YouTube
VEED menawarkan lebih banyak daripada sekadar alatan penyambung video. Aplikasi penyuntingan video dalam talian kami mempunyai pelbagai ciri yang anda boleh gunakan untuk mencipta video HD hebat untuk dikongsi di media sosial. Semuanya dalam talian, tiada aplikasi untuk dipasang dan berfungsi di semua komputer meja dan pelayar mudah alih. Ia sesuai dengan Windows, Linux dan Mac, serta iPhone dan peranti Android.
