Pembuat Video Jemputan Perkahwinan
Buat video jemputan perkahwinan yang hebat dalam talian, percuma








Buat video jemputan perkahwinan paling diingati
Kenapa gunakan kad jemputan apabila anda boleh menjemput tetamu anda melalui video? Dengan pembuat video jemputan perkahwinan VEED, anda boleh mencipta jemputan video yang diperibadikan untuk hari paling istimewa anda! Tambah foto anda, masukkan teks, muzik dan banyak lagi. Ia hanya memerlukan beberapa klik dan anda boleh memuat turun jemputan video perkahwinan dalam beberapa minit.
Jadikan hari perkahwinan anda paling diingati bermula dengan jemputan anda. Anda boleh mencipta video Terima Kasih untuk para tetamu yang hadir pada hari istimewa anda. Biarkan keluarga dan rakan-rakan anda berkongsi detik istimewa ini dengan anda dengan memberikan mereka jemputan video untuk diingati. Cuba hari ini dan kongsi keajaiban hari perkahwinan anda dengan mereka yang anda sayangi!
Cara Membuat Video Jemputan Perkahwinan:
1Muat naik video anda atau pilih daripada video stok
Muat naik video anda ke VEED atau pilih daripada video stok yang tersedia. Hanya tarik dan lepaskan fail anda ke penyunting.
2Peribadikan video jemputan anda
Anda boleh menambah imej lokasi perkahwinan atau majlis, masukkan teks, muzik dan banyak lagi. Peribadikan video jemputan perkahwinan anda menggunakan alatan mudah guna kami.
3Hantar
Eksport video anda dalam sebarang format dan kongsikannya dengan tetamu anda!

Tutorial ‘Pembuat Video Jemputan Perkahwinan’
Pembuat video simpan tarikh
Beritahu tetamu anda untuk menyimpan tarikh dengan memberikan mereka jemputan perkahwinan paling menakjubkan. Dengan jemputan video, mereka berkemungkinan besar akan mengingati hari istimewa anda. Siapa yang tidak mahu jadikan jemputan perkahwinan mereka lebih istimewa? Dengan pembuat dan penyunting video VEED, anda boleh menjadikannya kenyataan dengan hanya beberapa klik!
Kongsi cinta di media sosial
Kongsi kisah cinta anda melalui video jemputan perkahwinan anda di media sosial. Dengan VEED, anda boleh menyesuaikan video anda supaya ia sesuai dengan sebarang laman media sosial sama ada ia adalah Facebook, Instagram atau Twitter. Hanya pilih saiz pratetap dari menu Tetapan. VEED akan mengoptimumkan video anda secara automatik untuk platform media sosial terpilih anda. Tidak perlu memangkas dan mengubah saiz video anda secara manual!
Tambah transisi dan gunakan video stok
VEED juga menampilkan kesan transisi menakjubkan untuk menjadikan video jemputan anda lebih menarik perhatian. Anda boleh memisahkan video anda kepada klip-klip berbeza dan tambahkan kesan transisi di antaranya. Ini akan membolehkan anda membahagikan video adna kepada garis masa berlainan untuk membantu anda menceritakan kisah cinta anda. Gunakan video stok kami dan peribadikannya jika anda tiada masa untuk merakam video jemputan. Anda boleh menggantikan teks, imej dan elemen lain. Semua yang anda perlukan - ada di VEED!
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada pembuat video jemputan perkahwinan
Beri kepercayaan kepada VEED untuk menyediakan semua alatan penyuntingan video yang anda perlukan. Anda tidak memerlukan aplikasi berbeza. Di VEED, anda boleh mencipta dan menyunting video, memampatkan, menukar dan banyak lagi. VEED mempunyai pemampat video terbina dalam. Kurangkan saiz fail video anda supaya anda boleh menghantar dan kongsikannya dengan mudah dalam talian. Kami mempunyai penukar video berkuasa yang membolehkan anda memuat turun video anda dalam sebarang format. Semua ini dan banyak lagi, hanya di VEED!
