






Buat Cerita Insta yang Seronok dan Menarik dari Pelayar Anda
Adakah anda sudah bosan kerana sering membuat video yang tidak sesuai dengan ukuran Instagram Story? Instagram Stories mempunyai ukuran yang berlainan daripada video Instagram biasa. Kini anda boleh mengubah saiz video anda supaya sesuai dengan Insta Stories dengan hanya beberapa klik. Muat naik video anda dan pilih Instagram Story dari pilihan saiz dan VEED akan mengoptimumkan video anda secara automatik untuk Instagram Story.
Cara Membuat Instagram Story:
1Muat naik video anda
Muat naik video anda ke VEED. Anda boleh tarik dan lepaskan fail-fail anda ke penyunting atau anda boleh memilih daripada koleksi video stok kami.
2Optimumkan video anda untuk Instagram Story
Sunting video anda menggunakan alatan penyuntingan video kami. Kemudian pilih Instagram Story dari tetapan supaya video anda sesuai di Instagram Stories.
3Eksport
Apabila anda berpuas hati dengan video Instagram Story anda, klik sahaja pada ‘Eksport’ dan video anda akan disimpan di dalam peranti anda.

Tutorial ‘Pembuat Instagram Story’
Buat Instagram Stories untuk pemasaran media sosial
Banyak jenama membuat hantaran Instagram Stories untuk menarik perhatian orang ramai dan membawa mereka melihat halaman Instagram. Ini kerana Instagram Stories mendapat berjuta-juta tontonan - jika mereka tahu bagaimana hendak membuat rekaan video untuk Insta Stories. Anda boleh menggunakan Instagram Stories untuk kempen pemasaran media sosial anda dan ia sangat mudah dilakukan menggunakan VEED!
Tingkatkan penglibatan di Instagram
Jika anda mahu lebih banyak tanda suka, pengikut, dan komen di Instagram, anda haruslah selalu membuat hantaran di Instagram Stories sebagai sebahagian daripada strategi media sosial anda. Perisian penyuntingan video percuma VEED membolehkan anda mencipta Instagram Stories yang menakjubkan yang akan membantu anda mengembangkan pengikut Instagram anda.
Tambah elemen rekaan Instagram Story dalam beberapa minit
Anda tidak memerlukan kepakaran dalam penyuntingan video untuk menambah elemen rekaan utama pada video Instagram Stories anda. Anda boleh menambah teks, imej, muzik latar dan banyak lagi dengan mudah. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk membuat video Instagram Story yang kelihatan professional di VEED!
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada pembuat Instagram Story
Anda bukan sahaja boleh menggunakan VEED untuk membuat Instagram Stories yang menarik penonton, tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk membuat hantaran yang sesuai dengan Facebook, Twitter, TikTok dan platform media sosial lain. Dengan VEED, anda boleh menggunakan video yang sama dan sesuaikannya supaya mengikut ukuran video Facebook dan laman media sosial lain termasuk YouTube. VEED boleh mengubah saiz video anda secara automatik untuk anda. Ia adalah perisian penyuntingan video berkuasa dan berfungsi terus dari pelayar anda. Tidak perlu memuat turun aplikasi!
