Tambah Audio ke Video YouTube
Tambah muzik dan runut audio lain ke video YouTube dalam talian







Masukkan Audio ke Video YouTube Dalam Talian, Percuma
Adakah anda mahu menambah atau menyunting audio video YouTube? Anda boleh menggunakan penyunting video dalam talian percuma VEED! Masukkan muzik atau trek audio lain dan mainkannya dalam video anda. Atau anda boleh menyenyapkan yang asal dan mainkan klip audio anda sendiri. Penyunting video VEED adalah percuma dan dalam talian - akses ia dari mana-mana peranti dari sebarang pelayar.
Anda tidak perlu memuatturun video YouTube anda sendiri. Salin sahaja pautan YouTube dan tampalkan ia kepada penyunting. Video YouTube akan tersedia untuk disunting secara dalam talian dan anda boleh memuatturunnya sebagai MP4 apabila siap.
Cara Menambah Audio ke dalam Video YouTube
1Tampal pautan YouTube
Anda boleh menyalin pautan YouTube dari bar alamat atau klik pada ‘Kongsi’ di bawah video dan klik pada butang salin. Klik pada Muat Naik dan tampal pautan pada ruang URL yang disediakan.
2Muat naik runut audio anda
Mula tambah runut audio anda dengan klik pada Muat Naik dari sebelah kiri menu. Atau klik pada butang tambah (+) dari bahagian bawah skrin. Pilih fail audio anda untuk memasukkannya ke dalam video anda.
3Eksport dan kongsi video anda
Video YouTube dengan runut audio dikemaskini kini boleh dimuat turun sebagai fail MP4. Klik pada ‘Eksport’ dan anda siap!

Tutorial ‘Tambah Audio ke Video YouTube’
Masukkan muzik ke video YouTube dalam talian
Sangat mudah menggunakan alat dalam talian kami untuk memasukkan muzik dan runut audio lain ke sebarang video YouTube. Tiada kepakaran diperlukan. Hanya salin dan tampal pautan YouTube kepada penyunting. Kemudian mula memuat naik fail-fail audio anda. Apabila siap, anda boleh memuat turun video tersebut dengan trek audio baru sebagai fail MP4. Tak menyakitkan dan percuma!
Senyapkan audio asal atau mainkan dalam video
Adakah anda mahu menggantikan runut bunyi asal dengan fail audio anda sendiri? Anda boleh menyenyapkan audio sedia ada dengan klik pada ikon bunyi dalam Tetapan. Jika anda mahu audio anda dimainkan dalam video, masukkan sahaja runut dan laraskan bunyinya jika anda mahu. Ini bagus untuk menambah penceritaan atau muzik latar.
Tambah lebih banyak video dan cantumkannya.
Anda boleh memasukkan lebih banyak video dan mencantumkannya. Tambah sebanyak mana klip audio dan klip video anda mahu. Sunting setiap klip jika anda mahu menggunakan alatan suntingan video. Anda boleh mengeksport video akhir sebagai satu fail MP4.
Gunakan audio anda sendiri atau muzik tanpa royalti.
Jika anda tiada fail audio anda sendiri untuk dimasukkan ke dalam video, anda boleh muat turun muzik tanpa royalti. Muat naik ia ke VEED dan masukkannya ke dalam video YouTube yang anda mahu. Tambah kesan bunyi, suara latar atau audio rakaman anda sendiri.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada sekadar menambah audio ke video YouTube
Buatlah lebih banyak lagi daripada sekadar memasukkan muzik ke dalam video YouTube. VEED ialah perisian penyuntingan video lengkap. Ia ada semuanya yang ada perlukan untuk mencipta video yang seronok dan hebat yang anda boleh kongsi di media sosial. Sunting trek audio dan video anda dengan alatan mudah guna kami. Selain daripada audio, anda boleh tambahkan imej ke video anda, teks, sari kata dan banyak lagi. Semuanya percuma dan tersedia dalam talian - dari sebarang pelayar dan sebarang peranti!
