Pembuat Video Pengijazahan
Buat video pengijazahan yang memberikan inspirasi dalam talian, percuma








Raikan Pengijazahan Anda dengan Video
Sama ada anda atau rakan atau ahli keluarga yang akan tamat pengajian, anda boleh jadikan hari ini lebih istimewa dengan membuat video pengijazahan yang memberikan inspirasi. Railankah peristiwa penting hebat ini dengan membuat video yang penuh dengan kenangan sepanjang perjalanannya. Masukkan foto dari acara akademik yang penting, foto-foto rakan sekelas dan guru-guru, tambahkan kapsyen dan banyak lagi.
Anda juga boleh menambah transisi di antara klip untuk menunjukkan garis masa yang penting yang membawa kepada kejayaan luar biasa ini. Pisahkan video anda kepada beberapa bahagian dan pilih dari gaya transisi kami. Hanya tarik dan lepaskan transisi di antara klip. Video pengijazahan adalah antara hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada pelajar yang tamat pengajian.
Cara Membuat Video Pengijazahan:

Muat naik video dan slaid anda
Muat naik video anda ke VEED. Hanya tarik dan lepaskan fail anda ke penyunting. Anda boleh memasukkan beberapa klip video dan cipta satu video akhir.

Sunting
Anda boleh masukkan foto, muzik latar, teks, dan banyak lagi. Ia hanya memerlukan beberapa klik.

Muat turun dan kongsi
Sekarang anda sedia untuk memuat turun dan berkongsi video anda. Hanya klik pada ‘Eksport’ dan muat turun video anda dalam format yang anda inginkan.
Tutorial ‘Pembuat Video Pengijazahan’
Ceritakan kisah menarik mengenai kejayaan luar biasa ini
Menamatkan pengajian bukan perkara mudah. Ia adalah kejayaan luar biasa dan harus diraikan sebegitu rupa. Salah satu cara untuk meraikannya adalah dengan menceritakan kisah menarik perjalanan yang membawa kepada kejayaan itu. Sama ada anda yang akan memperoleh ijazah atau anda ingin memberikan video pengijazahan sebagai hadiah, VEED adalah alat terbaik yang anda boleh gunakan.
Dengan VEED, anda boleh memasukkan foto, kapsyen dan muzik untuk membuat mesej video pengijazahan yang tulus ikhlas. Ia hanya memerlukan beberapa klik sahaja. Anda boleh memuat naik seberapa banyak imej yang anda mahu, tambahkan teks dan peribadikannya. Ia tiada kesudahan!

Pilih daripada video stok dan peribadikan
Jika anda tiada masa untuk merakam video pengijazahan, anda boleh memilih daripada video stok kami yang hebat dan dirakam secara profesional serta memperibadikannya. Anda boleh mengubah imej untuk memasukkan imej anda sendiri, mengubah teks, tajuk dan banyak lagi. Masukkan muzik untuk menambah sentuhan peribadi anda pada video. Mungkin anda ingin menghadiahkan lagu pengijazahan bersama rakan-rakan anda. Anda juga boleh mendapatkan muzik tanpa royalti daripada banyak perpustakaan percuma dalam talian!

Kongsikan video anda di mana-mana!
VEED membolehkan anda membuat video yang sesuai dengan media sosial dan platform perkongsian video yang berbeza. Putar, ubah saiz dan pangkas video anda dengan mudah untuk YouTube, Instagram, Twitter, Facebook, TikTok dan banyak lagi. Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang mengenai kesesuaiannya. Video anda akan dimainkan dengan sempurna di platform yang anda pilih.
Anda boleh memuat turun video anda dalam format yang berbeza supaya ia boleh dimainkan di pelbagai pemain media. Malah jika anda memuat naik video dalam format tertentu, anda boleh menukarnya kepada jenis fail video yang lain. Muat turun dalam format MP4, AVI, MOV, MKV dan semua format video popular.

Soalan Lazim
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada pembuat video pengijazahan
Di VEED, kami memastikan anda memperoleh semua keperluan video anda - video hari jadi, video Krismas, video Hari Ibu, tidak lupa juga Instagram Ads, treler YouTube, dan video tutorial. Lihatlah pautan di bawah dan libat apa lagi yang VEED boleh lakukan untuk anda.
