







Potong WAV dan Fail Audio Lain Dalam Talian
VEED ialah alat pemotong WAV mudah guna yang membolehkan anda menyunting, memangkas dan menyusun semula klip audio WAV anda. Anda tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi untuk memotong audio anda. Dengan alat pemotong WAV VEED, anda boleh memotong audio anda dengan hanya beberapa klik sahaja dan ada fail audio sedia untuk dimuat turun dalam hanya beberapa minit. Alat pemotong audio VEED adalah dalam talian jadi anda tidak perlu bimbang tentang aplikasi besar yang memakan ruang simpanan anda. Ia percuma dan sangat mudah untuk digunakan.
Cara Memotong Fail WAV
1Muat naik audio anda
Muat naik fail WAV anda ke VEED. Anda boleh tarik dan lepas audio anda ke penyunting.
2Potong
Untuk memotong, gerakkan peluncur di mana-mana pada Garis Masa dan pilih alat Pisah. Kemudian anda boleh menghapuskan klip yang anda tidak perlukan.
3Eksport audio anda
Klik pada Eksport. Fail WAV baru anda sedia untuk dimuat turun. Anda juga boleh menukarkannya kepada format yang berbeza.

Pisahkan atau gabungkan fail audio
Selain daripada membolehkan anda memisah dan memotong audio anda, VEED membolehkan anda menambah satu atau lebih fail audio untuk digabungkan dengan fail WAV yang anda muat naik. Hanya tarik dan lepas pada Garis Masa. Anda juga boleh menggunakan ciri tarik dan lepas untuk menyusun semula klip audio pada Garis Masa. Semua ciri dan alatan VEED direka untuk memberikan anda pengalaman pengguna yang bebas tekanan!
Potong dan sunting fail WAV anda dalam talian
Apa yang menarik tenang pemotong audio VEED adalah ia membolehkan anda menyunting fail audio anda secara meluas. Anda boleh menyusun semula klip audio anda di mana-mana pada Garis Masa. Hanya tarik dan lepas klip dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Ia hanya mengambil masa beberapa minit!
Bersihkan audio
Salah satu ciri premium kami adalah ciri Bersihkan Audio. Anda boleh meningkatkan kualiti fail audio anda dalam masa beberapa minit sahaja. Hanya dengan satu klik, anda boleh membersihkan audio anda dan menjadikan bunyinya lebih baik. Sebagai contoh, jika anda merakam suara dalam persekitaran yang bising, VEED boleh menjadikan suara anda lebih kuat atau lebih jelas secara automatik, menenggelamkan bunyi latarnya. Anda boleh lihat halaman harga kami untuk mempelajari tentang Langganan Pro kami yang memberikan anda akses kepada ciri ini. Semua alatan audio lain adalah percuma!
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada pemotong WAV
VEED lebih daripada sekadar pemotong WAV. Perisian penyuntingan video dan audio semua dalam satu kami memberikan anda akses kepada semua ciri yang anda perlukan dalam penyunting audio dan video. Anda boleh memisahkan audio anda, mencantum, menggabung dan menyuntingnya mengikut keperluan anda. Ia juga adalah penyunting video komprehensif yang membolehkan anda mencipta video menarik dan kelihatan profesional. Apa yang anda perlukan adalah pelayar web!
