







Penjana tipografi kinetik dalam talian percuma
Jika anda mahu menambah teks bergerak pada video anda untuk menjadikannya kelihatan lebih menawan, anda boleh menggunakan pembuat tipografi kinetik VEED. Memasukkan teks swagerak pada video anda membolehkan anda mencipta penampilan dan rasa yang lebih peribadi. Ia sangat mudah dilakukan dalam perisian penyuntingan video VEED!
Cara Membuat Tipografi Kinetik:
1Muat Naik
Muat naik video anda ke VEED atau buat video baru menggunakan templat kami. Anda juga boleh bermula dengan kanvas kosong.
2Tambah Teks Swagerak
Tambahkan teks di mana-mana pada video kemudian pilih gaya animasi yang anda inginkan.
3Muat Turun
Klik pada Eksport dan muat turun video anda dalam peranti anda! Anda juga boleh kongsikannya secara terus di media sosial.

Tutorial ‘Pembuat Tipografi Kinetik’
Perisian tipografi kinetik percuma
Perisian tipografi kinetik VEED adalah percuma untuk digunakan. Ia berada dalam talian jadi anda tidak perlu memasang aplikasi berat untuk menambah animasi teks pada video anda. Paling penting, VEED ialah aplikasi penyuntingan video lengkap yang menawarkan pelbagai alatan untuk membantu anda menghasilkan video hebat terus dari pelayar anda!
Tambahkan teks, audio dan anotasi
Masukkan teks pada video anda dengan satu klik. Pilih fon, warna, saiz, peletakan, dan masukkan lapisan berganda. Anda juga boleh menambah runut audio, kesan bunyi dan sari kata. Ini juga sangat berguna jika anda ingin membuat pembentangan. Anda boleh menganotasi video anda juga. Lukis anak panah, gariskan isi penting, buat gelembung pertuturan; apa sahaja yang anda perlukan.
Dapatkan lebih banyak tontonan di media sosial
Dengan memasukkan tipografi kinetik pada video anda menggunakan perisian penyuntingan video kami, besar kemungkinan tontonan di media sosial anda akan meningkat. Teks swagerak menjadikan video-video membosankan kelihatan menarik! Selain itu, anda juga boleh menyesuaikan saiz, bentuk dan tetapan video anda supaya sesuai dengan sebarang platform media sosial sama ada ia Facebook, Instagram, YouTube atau lain-lain.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada pembuat tipografi kinetik
Anda mungkin memerlukan lebih daripada sekadar tipografi kinetik untuk membuat video yang betul-betul menawan penonton anda. Perlukan alat semua dalam satu yang mudah? VEED sedia membantu anda. Dengan VEED, anda boleh membuat video menakjubkan untuk kegunaan peribadi dan perniagaan, semua dengan hanya beberapa klik. Anda juga boleh memuat naik audio dan memasukkan muzik latar pada video anda. Mulakan secara percuma, tiada kad kredit diperlukan.
