Perisian Wawancara Audio Siar
Rakam, sunting dan strim audio siar berkualiti studio dalam talian








Studio untuk rakaman wawancara audio siar dalam talian
Rakam wawancara audio siar anda secara jauh terus dari pelayar anda dengan VEED. Anda tidak perlu memasang perisian rakaman pihak ketiga atau perisian penyuntingan audio seperti Adobe Audition yang boleh menjadi rumit untuk digunakan. Rakam dan sunting dalam satu tempat! Strim langsung wawancara jauh anda dan simpankannya dalam arkib anda untuk kegunaan pada waktu lain menggunakan storan awan VEED. Apabila anda strim audio siar adna, ia dirakamkan secara automatik. Sunting menggunakan penyunting video kami dan kongsi di platform media sosial berbeza!
Cara Merakam Wawancara Audio Siar:
1Strim atau Rakam
Anda boleh membuat penstriman langsung audio siar anda atau merakamnya dengan segera - hanya klik pada butang “Mulakan Rakaman”. Apabila anda strim, video anda dirakamkan secara automatik.
2Sunting Audio Siar Anda
Apabila anda selesai, anda boleh menyunting rakaman anda serta-merta! Anda akan nampak transkrip audio siar anda dan potong beberapa bahagiannya dengan menyerlahkan teksnya dan tekan hapus. Untuk membuat perubahan lanjut pada video atau audio anda, hanya klik butang “Sunting” di atas.
3Muat Turun dan Kongsi
Anda boleh memuat turun salinan transkrip audio siar anda dalam format TXT atau SRT. Kemudian adna boleh memuat turun dan kongsi audio siar anda!

Tutorial ‘Perisian Wawancara Audio Siar’
Suite lengkap alatan rakaman audio siar dan penstriman
VEED menampilkan suite lengkap rakaman audio siar dan penstriman untuk wawancara audio siar jauh anda. Alatan ini terbina dalam bersama-sama penyunting video kami - rakam, sunting dan strim langsung audio siar anda di berbilang platform. Strim wawancara audio siar anda secara langsung di Facebook, Twitter, Twitch dan banyak lagi dengan satu klik. Apabila anda selesai, anda akan mendapat transkrip penuh untuk digunakan - anda boleh sama ada memotong bahagian-bahagian video yang anda tidak suka atau mengeksport bahagian-bahagian menarik kepada klip yang lebih pendek.
Buat wawancara kumpulan jarak jauh
Anda boleh menemu bual beberapa orang pada satu-satu masa tanpa perlu mengumpulkan mereka semua dalam satu tempat. Dengan perisian wawancara audio siar VEED, anda boleh menjemput peserta untuk menyertai - secara jarak jauh. Hanya salin pautan jemputan, hantarkannya kepada tetamu anda (anda boleh ada sehingga 8 orang peserta) dan benarkan mereka menyertai sesi. Pilih daripada susun atur berbeza atau pilih pandangan untuk menyerlahkan penutur dominan untuk menyerlahkan tetamu yang sedang bercakap. Melakukan wawancara berkumpulan untuk audio siar anda tidak pernah semudah ini!
Dapatkan transkrip penuh
Semasa strim anda atau rakaman telah selesai, anda akan mendapat transkrip sesi yang penuh dan tepat. Anda boleh menyunting keseluruhan video dengan teks dan kemudian mengeksportnya atau anda boleh menyerlahkan bahagian-bahagian menarik, mengeksportnya dan menukarnya kepada lebih banyak kandungan video. Terdapat juga pilihan untuk mengeksport keseluruhan transkrip sebagai dail .SRT atau .TXT.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada perisian wawancara audio siar
VEED ialah platform penyuntingan video semua dalam satu yang anda sedang cari bukan sahaja untuk keperluan audio siar anda tetapi tetapi juga untuk semua jenis penciptaan kandungan video sama ada ia untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Ia berfungsi sebagai platform penstriman langsung juga! Perkara terbaik mengenai VEED adalah anda juga boleh menyunting video anda selepas sesi penstriman atau rakaman anda. Ubah saiz video anda supaya anda boleh berkongsinya dengan mudah di media sosial berbeza dan platform perkongsian video. Gunakan VEED untuk merakam, menyunting dan strim audio siar berkualiti studio hari ini!
