







Cara Mudah untuk Meraikan Kehidupan Yang Telah Pergi
Rakan-rakan dan keluarga anda kini boleh mengambil bahagian dalam upacara pengebumian insan tersayang. Strim dalam talian dari rumah pengebumian atau di mana-mana sahaja. Tetamu dari pelbagai bahagian di dunia boleh menyertainya dengan hanya satu klik. Apa yang anda perlukan adalah sambungan internet yang boleh dipercayai, kamera, dan peranti audio. Kongsi detik di media sosial seperti Facebook Live, YouTube Live dan banyak lagi.
Cara Strim Langsung Pengebumian:
1Masuk Studio
Klik pada butang “Siaran Langsung”, pilih platform penstriman pilihan anda (Facebook, YouTube, Twitch, dsb) dan mulakan penstriman!
2Sesuaikan
Pilih susun atur video anda. Anda juga boleh menambahkan tindanan pada video anda, memilih tema atau latar belakang, menambah logo anda dan banyak lagi.
3Siaran Langsung
Apabila anda berpuasa hati dengan persediaan anda, klik pada butang Siaran Langsung di penjuru kanan sebelah atas skrin anda. Hubungkan dengan media sosial atau platform perkongsian video pilihan anda dan klik Siaran Langsung sekali lagi!

Tutorial ‘Strim Langsung Pengebumian’
Bersiaran langsung dengan hanya beberapa klik
Biarkan tetamu anda dari bahagian berbeza di dunia ikut serta dan berinteraksi dengan mereka secara maya dalam masa nyata! Dengan perisian penstriman langsung VEED, anda boleh bersiaran langsung dengan hanya beberapa klik. Ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan. Berkongsi upacara memperingati tidak pernah semudah ini. Anda juga boleh menyunting rakaman strim dengan penyunting video VEED.
Kongsi detik dengan mereka yang penting
Pengebumian dan upacara memperingati adalah agak peribadi dan intim. Jadi kami pastikan anda boleh strim di VEED dengan selamat. Anda boleh membenarkan ulasan supaya rakan-rakan dan keluarga boleh bercakap dengan satu sama lain pada masa nyata. Jemput tetamu dengan menghantar mereka pautan untuk ke strim anda. Jadikan strim anda persendirian atau benarkan orang lain untuk turut serta.
Simpan detik untuk tahun-tahun akan datang
Kami faham anda mungkin ingin menyimpan salinan strim langsung anda. VEED membolehkan anda menyimpan salinan strim anda dengan mudah untuk disunting, disimpan dan dikongsi. Strim anda akan dirakam secara automatik. Malah anda boleh menghantarnya kepada tetamu anda. Anda boleh menyunting video anda untuk menambah imej, teks, dan anotasi.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada perisian penstriman langsung untuk pengebumian
VEED bukan sahaja sekadar perisian penstriman langsung tetapi ia juga adalah alat lengkap yang membolehkan anda meningkatkan rakaman strim anda. VEED memberikan anda akses kepada alatan penyuntingan video yang akan membantu anda meningkatkan rakaman anda. Ubah saiz video anda supaya anda boleh menghantarnya kepada tetamu anda dengan mudah. Anda juga boleh menukar video anda kepada jenis fail yang berbeza. Tambahkan sari kata dan terjemahkannya kepada bahasa yang berbeza. Gunakan VEED untuk semua keperluan penyuntingan video anda hari ini.
