







Strim Upacara Pengijazahan Anda Dalam Talian
Sekarang adalah masa untuk inovasi digital. Biar pelajar yang tamat pengajian dan mereka yang tersayang meraikannya tanpa halangan dan had dunia hari ini. Dengan platform penstriman langsung VEED, anda boleh benarkan pelajar dan tetamu lain menyertai upacara pengijazahan maya anda. Muat naik slaid pembentangan, imej, dan banyak lagi untuk memperibadikan strim anda dan mempamerkan pelajar yang cemerlang. Biar mereka ingat detik ini dengan merakamkan keseluruhan acara di video.
Cara Strim Pengijazahan Maya Anda
1Masuk Studio
Klik pada butang “Siaran Langsung”, pilih platform penstriman pilihan anda (Facebook, YouTube, Twitch, dsb) dan mulakan penstriman!
2Sesuaikan
Pilih susun atur video anda. Anda juga boleh menambahkan tindanan pada video anda, memilih tema atau latar belakang, menambah logo anda dan banyak lagi.
3Strim
Apabila anda berpuasa hati dengan persediaan anda, klik pada butang Siaran Langsung di penjuru kanan sebelah atas skrin anda. Hubungkan dengan media sosial atau platform perkongsian video pilihan anda dan klik Siaran Langsung sekali lagi!

Tutorial ‘Pengijazahan Maya’
Pembelajaran maya dan pengijazahan jadi mudah
VEED membolehkan anda untuk strim upacara pengijazahan anda tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk pembelajaran dalam talian. Perisian penstriman langsung kami membolehkan anda mencipta kelas maya untuk anda dan pelajar anda. Anda tidak perlu membazirkan masa berharga membuat persiapan, tidak seperti perkhidmatan penstriman lain. Adakan upacara pengijazahan anda dengan hanya beberapa klik. Ongsi skrin anda untuk menggunakan slaid dan menjemput tetamu dengan menghantarnya ke pautan strim langsung anda.
Strim sambutan anda di pelbagai platform
Strim berbilang acara anda di platform perkongsian video dan media sosial berbeza. Biar yang lain menyertai sesi anda dari Twitch, Facebook, YouTube dan banyak lagi, secara serentak. Jimatkan masa daripada perlu menyediakan strim berasingan.
Hanya togol pada butang biru sebaik sahaja anda menekan Siaran Langsung, masukkan kunci strim anda, dan klik Siaran Langsung. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai mencari Kunci Strim platform media sosial dalam Soalan Lazim.
Abadikan detik pada video
VEED juga merupakan penyunting video lengkap. Anda boleh memuat turun rakaman strim langsung anda dan menghantarnya kepada pelajar supaya mereka dapat menghidupkannya semula detik istimewa ini. Strim anda akan dirakam secara automatik supaya anda boleh berkongsi dengan yang lain yang tidak dapat hadir. Anda boleh menyunting video anda untuk menambah imej, teks dan anotasi. Tambah sari kata untuk menjadikannya boleh diakses oleh semua orang!
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada platform pengijazahan maya
Apa yang menjadikan VEED menyerlah berbanding platform penstriman lain adalah anda mendapat akses kepada alatan penyuntingan video yang akan membantu anda meningkatkan rakaman kelas maya anda. Ubah saiz video anda supaya anda boleh meghantarnya di mana-mana platform perkongsian video atau media sosial, laraskan pencahayaan, bersihkan audio dan banyak lagi! Anda juga boleh menukar video anda kepada jenis fail berbeza. Tambahkan sari kata dan terjemahkannya kepada bahasa berbeza! Cuba VEED untuk semua penciptaan video anda dan keperluan penyuntingan hari ini
