Perkhidmatan Penstriman Acara Langsung
Penyelesaian penstriman langsung acara percuma terbaik








Strim Acara Langsung Peribadi dan Syarikat dengan Mudah
Sama ada anda mencari perkhidmatan penstriman acara langsung untuk acara persendirian atau acara syarikat seperti persidangan, VEED adalah penyelesaian penstriman terbaik - dan ia adalah percuma! Dengan VEED, anda tidak perlu mengupah profesional hanya untuk menstrim acara anda. Bersiaran langsung dengan hanya beberapa klik; tiada keperluan untuk mengatur tetapan yang mengelirukan. Anda juga boleh strim berbilang acara anda di platform media sosial dan perkongsian video yang berbeza!
Cara Strim Langsung Acara Anda
1Masuk Studio
Klik pada butang “Siaran Langsung”, pilih platform penstriman pilihan anda (Facebook, YouTube, Twitch, dsb) dan mulakan penstriman!
2Sesuaikan
Pilih susun atur video anda. Anda juga boleh menambahkan tindanan pada video anda, memilih tema atau latar belakang, menambah logo anda dan banyak lagi.
3Siaran Langsung
Apabila anda berpuasa hati dengan persediaan anda, klik pada butang Siaran Langsung di penjuru kanan sebelah atas skrin anda. Hubungkan dengan media sosial atau platform perkongsian video pilihan anda dan klik Siaran Langsung sekali lagi!

Tutorial ‘Penstriman Acara Langsung’
Penstriman langsung mudah untuk acara anda
Jemput tetamu dari bahagian lain di dunia ke acara langsung anda dan berinteraksilah dengan mereka secara maya dalam masa nyata! Dengan perkhidmatan penstriman acara langsung VEED, anda boleh bersiaran langsung dengan hanya beberapa klik. Ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan. Apa yang anda perlukan ialah kamera anda, sambungan internet yang boleh dipercayai dan peserta anda!
Libatkan khalayak maya anda
Sama anda ia adalah acara syarikat atau persendirian, anda boleh menstrim sesi langsung anda dengan selamat di VEED. Perisian penstriman kami membolehkan anda menjadikan acara penstriman anda lebih menarik. Anda boleh membenarkan ulasan supaya peserta boleh bercakap dengan satu sama lain dalam masa nyata. Jemput tetamu dengan menghantar mereka pautan ke strim anda. Jadikan strim anda persendirian atau benarkan orang lain menyertainya!
Simpan strim anda untuk kegunaan masa hadapan
Acara istimewa adalah sangat berharga dan anda mungkin ingin menyimpan salinan penstriman acara langsung anda. VEED membolehkan anda menyimpan salinan penstriman langsung anda dengan mudah untuk anda sunting, simpan atau kongsi. Strim anda akan dirakamkan secara automatik supaya anda boleh menyimpannya untuk kegunaan di kemudian hari atau menghantarnya kepada tetamu anda. Anda boleh menyunting video anda untuk menambah imej, teks dan anotasi.
Soalan Lazim
Ketahui lagi:
Apa mereka kata tentang VEED
Lebih daripada penstriman acara langsung
Selain daripada penstriman acara langsung anda, anda boleh menggunakan VEED dengan mudah untuk meningkatkan rakaman strim anda dengan mudah. Perkara terbaik mengenai VEED adalah anda juga boleh menyunting video anda selepas sesi penstriman anda. VEED memberikan anda akses kepada alatan penyuntingan video yang akan membantu anda meningkatkan rakaman strim anda. Ubah saiz video anda supaya anda boleh menghantarnya kepada tetamu adna dengan mudah. Anda juga boleh menukar video anda kepada jenis fail berbeza. Tambahkan sari kata dan terjemahkannya kepada bahasa yang berbeza! Strim langsung acara anda atau persidangan syarikat di VEED hari ini.
